Mim sakinah ialah mim yang matinya tetap pada
ketika wasal dan waqaf. Mim sakinah memiliki suara yang keluar dari
pangkal hidung (khaisyum). Ia mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah.
Bagi mim sakinah terbahagi kepada tiga hukum apabila mim mati bertemu
dengan salah satu daripada 28 huruf hija‘iyyah;
- Idgham Mithlain Saghir
- Ikhfa’ Syafawi
- Izhar Syafawi.
Idgham Mithlain Saghir: Apabila mim sakinah bertemu
dengan mim.
Cara bacaan;
Menggabungkan Mim Sakinah ke dalam mim
berbaris beserta dengung dengan kadar2 harakat.
Contoh;
1
|
|
2
|
Tanda-tanda:
Idgham syafawi bagi mim sakinah ini
dapat dikenali dengan melihat mim sakinah itu yang tidak mempunyai
sebarang tanda di atasnya, manakala mim yang berbaris selepasnya bertanda
tasydid (sabdu).
Penamaan;
Ø Hukum ini dinamakan idgham kerana
penggabungan mim yang pertama ke dalam mim yang kedua.
Ø Dinamakan Mitlhain kerana perkataan
mithlain bermaksud dua huruf yang serupa.
Ø Saghir pula bermaksud huruf
pertamanya sukun dan huruf kedua pula berbaris.
Ø Dinamakan saghir juga kerana
terdapat juga Idgham Kabir iaitu menggabungkan dua huruf yang berbaris dan sama
makhrajnya atau berhampiran makhrajnya. Walau bagaimanapun bacaan ini masyhur
bagi riwayat al-Susiy daripada imam Abi ‘Amr.
Sila klik link video di bawah untuk
memahami dengan lebih jelas cara membacakan hukum Idgham Mithlain Saghir;