Hukum yang kedua pula adalah:
ii. Ikhfa’ Syafawi: Apabila mim sakinah bertemu dengan ba’.
Menyembunyikan sebutan mim sakinah beserta dengung 2 harakat.
ترميهم بحجارة
|
1
|
إن ربهم بهم
|
2
|
Penamaan;
Dinamakan ikhfa’ kerana huruf mim sakinah disembunyikan sebutannya.
Dinamakan syafawi kerana kedua-dua huruf ini iaitu mim dan ba’ keluar dari makhraj bibir.
Tanda-tanda:
Ikhfa’ syafawi bagi mim sakinah ini dapat dikenal dengan melihat mim sakinah itu yang tidak mempunyai sebarang tanda di atasnya dan selepasnya huruf ba‘yang berbaris.
Sila klik link video di bawah untuk memahami dengan lebih jelas cara membacakan hukum Ikhfa' syafawi;
No comments:
Post a Comment