Sunday, August 4, 2019

i. Idgham Mithlain Saghir




Mim sakinah ialah mim yang matinya tetap pada ketika wasal dan waqaf. Mim sakinah memiliki suara yang keluar dari pangkal hidung (khaisyum). Ia mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah. Bagi mim sakinah terbahagi kepada tiga hukum apabila mim mati bertemu dengan salah satu daripada 28 huruf hija‘iyyah;
  1. Idgham Mithlain Saghir
  2. Ikhfa’ Syafawi
  3. Izhar Syafawi.

Idgham Mithlain Saghir: Apabila mim sakinah bertemu dengan mim.

Cara bacaan;

Menggabungkan Mim Sakinah ke dalam mim berbaris beserta dengung dengan kadar2 harakat.

Contoh;



إنها عليهم مؤصدة 
1
 أطعمهم من جوع
2

Tanda-tanda:

 Idgham syafawi bagi mim sakinah ini dapat dikenali dengan melihat mim sakinah itu yang tidak mempunyai sebarang tanda di atasnya, manakala  mim yang berbaris selepasnya bertanda tasydid (sabdu).

Penamaan;

Ø  Hukum ini dinamakan idgham kerana penggabungan mim yang pertama ke dalam mim yang kedua.

Ø  Dinamakan Mitlhain kerana perkataan mithlain bermaksud dua huruf yang serupa.

Ø  Saghir pula bermaksud huruf pertamanya sukun dan huruf kedua pula berbaris.

Ø  Dinamakan saghir juga kerana terdapat juga Idgham Kabir iaitu menggabungkan dua huruf yang berbaris dan sama makhrajnya atau berhampiran makhrajnya. Walau bagaimanapun bacaan ini masyhur bagi riwayat al-Susiy daripada imam Abi ‘Amr.

Sila klik link video di bawah untuk memahami dengan lebih jelas cara membacakan hukum Idgham Mithlain Saghir;

Saturday, August 3, 2019

ii. Ikhfa' Syafawi

Hukum yang kedua pula adalah:

ii. Ikhfa’ Syafawi: Apabila mim sakinah bertemu dengan ba’.

Cara bacaan;

Menyembunyikan sebutan mim sakinah beserta dengung 2 harakat.


ترميهم بحجارة
1
إن ربهم بهم
2

      Penamaan;

     Dinamakan ikhfa’ kerana huruf mim sakinah disembunyikan sebutannya.
     Dinamakan syafawi kerana kedua-dua huruf ini iaitu mim dan ba’ keluar dari makhraj bibir.

    Tanda-tanda:


 Ikhfa’ syafawi bagi mim sakinah ini dapat dikenal dengan melihat mim sakinah itu yang tidak mempunyai sebarang tanda di atasnya dan selepasnya huruf  ba‘yang berbaris.

    Sila klik link video di bawah untuk memahami dengan lebih jelas cara membacakan hukum Ikhfa' syafawi;



Friday, August 2, 2019

iii. Izhar Syafawi

Hukum yang ketiga:


iii. Izhar Syafawi

Hukum Izhar Syafawi terjadi apabila mim sakinah bertemu dengan selain huruf ba’ dan mim.

Cara bacaan;

Menzahirkan sebutan mim sakinah tanpa dengung apabila bertemu dengan 26 huruf iaitu;


 ت - ث - ج - ح – خ – د – ذ – ر – ز – س – ش – ص – ض – ط – ظ – ع 

– غ – ف – ق – ك – ل – ن – و – ه – ء – ي


Contoh izhar syafawi;

فلهم أجر
1
لم يلد ولم يولد
2
لكم دينكم ولي دين
3

Penamaan

-Dinamakan izhar menunjukkan mim mati dinyatakan apabila bertemu dengan selain huruf ba’ dan mim.

-Dinamakan syafawi pula dinisbahkan kepada huruf mim yang keluar daripada dua bibir mulut.

Tanda-tanda :

Izhar syafawi bagi mim sakinah ini dapat dikenal dengan melihat mim sakinah yang mempunyai tanda sukun di atasnya, diikuti dengan huruf berbaris selain dari mim dan ba’ selepasnya.


Sila klik link video di bawah untuk memahami dengan lebih jelas cara membacakan hukum Izhar syafawi;



Thursday, August 1, 2019